HIDUP MESTI ENJOYYYY!!!!!

Walaupun sAya Nie SeoRang Guru TETApi Saya KENA enjoyyyyyYYYY!!!!

Sunday 9 October 2011

Ciri-ciri guru cemerlANG

KEPADA SEMUA KAWAN2 YANG BAKAL MENJADI GURU SILA AMALKAN CIRI-CIRI INI UNTUK MENJADI GURU CEMERLANG....



Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178):
1. Kecemerlangan Peribadi



• Nilai kendiri yang positif
• Berakhlak mulia
• Adil
• Bertimbang rasa
• Amanah
• Bertanggung jawab
• Kreatif
• Inovatif
• Kemas
• Sikap sedia berkongsi
• Bersikap terbuka
• Berpemikiran positif





2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran:

• Mengamalkan budaya ilmu
• Berkebolehan menyelesaikan masalah
• Membuat keputusan yang rasional serta objektif
• Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan KomunikasiKomunikasi:

• Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
• Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
• Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
• Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.




4. Kecemerlangan Potensi:

• Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
• Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
• Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti:



• Adil
• Sabar
• Tegas
• Konsep kendiri positif
• Kesungguhan
• Mesra
• Prihatin
• Kerjasama
• Menepati masa
• Bertanggung jawab
• Berakhlak mulia
• Kecindan (unsur jenaka)


1 comment: