HIDUP MESTI ENJOYYYY!!!!!

Walaupun sAya Nie SeoRang Guru TETApi Saya KENA enjoyyyyyYYYY!!!!

Saturday 3 December 2011

PIPP BACEELAHHHH

Pelan Tindakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara
Teras pertama: Membina Negara BangsaMemberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
 
Teras kedua: Membangunkan Modal InsanUsaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
 
Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
 
Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
 
Teras kelima: Memartabatkan Profesion KeguruanUsaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

 
Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi PendidikanUsaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
Pelan Tindakan PIPP Sekolah
Teras 1 : Membina negara Bangsa
1. 1   Karnival Bahasa
 
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
2.1    Motivasi Keibubapaan
2.2    Minggu 3K
2.3    Program Penyayang
2.4    Minggu Budi Bahasa
2.5    RIMUP Kelompok
 
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
3.1    Pemantapan Bahasa Malaysia
 
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
4.1    Menaiktarafkan Dewan Sekolah
 
Teras 5: Memartabakan Profesion Keguruan
5.1    Perkembangan Staff Sekolah
 
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
6.1    Program Pemantapan Headcount Guru

Wednesday 23 November 2011

COretan IPG KKB.....(TIRAIMU KU LABUHKAN)

dULU PERASAan datang kE IPG INI Sayu n sedihhhh....ungkapan "BILA NAK HABIS BLAJAR NIE" sering meniti dibirku ini.....lama-KELAMAaan perASAAN itu makin Pudar, kini ungkapan "SEKEJAP JEW 5 Tahun Dah HABIS BElajar" sering pula meniti di bibirku....ITULAH LUMRAHHH.....Setiap PERTEMUAN pasti diakhiri dengan PERPISAHAN...

dULU KURUS, kini gemuk...huhuhuhuhu....itu yang semua lalui...hehehehe...bukan mudah hendak melupakan kenangan yang terpahat selama 5 tahun....keriangan akan disulami kedukaan....pergaduhan, bertikam lidah, x tegur sape...itu kebiasaan sifat manusia...TAPI...pling KLAKAR AQ BERGADUH DGN PENSYARAH...ERMMM....itu semua membuatkan aq lebih MATANG....YA ALLAH...besarnyaa DUGAANMU.....




"MATH CREW" Itu nama group aq...AqRASE Kami x PERNAH X BERSAMA DALAM APA JUA YG KAMI LAKUKAN....Masing2 ADA PERANGAI YANG tersendiri...ishhhhhhh PASTI TERKENANG...PADA RAKAN LELAKI aq suka kawan ngn kamu semua walaupun ada YANG KADANG2 BANYAK MENGGURIS HATI IN....PADA RAKAN PEREMPUAN...ERMMrindunya nak usik ko ORANG...

kt IPG istilah "GEDIK" tue biasa bagiku...AQ SELESA...Kerana dengn cara itu aq rapat dengn semua kawan2 ku....KEPADA Kawan SEKELAS KU.....Mereka lebih tahu SIAPA AQ....GURAUAN, USIKAN, GELAGAT AQ KADANG2 AQ SENDIRI TIDAK FAHAM...HHUHUHUHU...PLing BEST DAPAT KENAL DENGAN BDAK2 PJ1 N PJ2...Kamu semua sporting...gile r...SUSAH NK LUPA...TIDAk lupa juga PK1 N PK2...ermmm rindu kamu semua...TP DENGAN SIFAT AQ MACAM NIE AQ MENJADI POPULAR DI IPG KKB...HUHUHUHUH...CAtat naMA JUGAKK..HEHEHEH

Semua AQ alami di IPG KKB....KEGAGALAN AQ pernah rase....KEJAYAAN Aq penuh rase...KUTUKAN N KRITIKAN aq sudah lali....tapi AQ menjadikan itu semua sebagai SEMANGAT ak...

KINI TIADA SAPE BOLEH KATA APA2....AK TELAH BUKTIKAN..AKHIRNYA DG41 MILIK AQ.....PANGGILAN CIKGU BAKAL AQ TERIMA....HUHUH....

MOGA PERSAHABATAN DI IPG KKB INI AKAN BERPANJANGAN................


Sunday 9 October 2011

Ciri-ciri guru cemerlANG

KEPADA SEMUA KAWAN2 YANG BAKAL MENJADI GURU SILA AMALKAN CIRI-CIRI INI UNTUK MENJADI GURU CEMERLANG....



Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178):
1. Kecemerlangan Peribadi



• Nilai kendiri yang positif
• Berakhlak mulia
• Adil
• Bertimbang rasa
• Amanah
• Bertanggung jawab
• Kreatif
• Inovatif
• Kemas
• Sikap sedia berkongsi
• Bersikap terbuka
• Berpemikiran positif





2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran:

• Mengamalkan budaya ilmu
• Berkebolehan menyelesaikan masalah
• Membuat keputusan yang rasional serta objektif
• Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan KomunikasiKomunikasi:

• Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
• Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
• Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
• Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.




4. Kecemerlangan Potensi:

• Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
• Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
• Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti:



• Adil
• Sabar
• Tegas
• Konsep kendiri positif
• Kesungguhan
• Mesra
• Prihatin
• Kerjasama
• Menepati masa
• Bertanggung jawab
• Berakhlak mulia
• Kecindan (unsur jenaka)


Wednesday 5 October 2011

Contoh Teks EMCEEE

NIE ADA CONTOH TEKS EMCEE YANG BOLEH DIJADIKAN CONTOH


TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM

(ALU-ALUAN)

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad b A.Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Berusaha Tn. Hj. Ismail b Daud, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Berusaha Pn. Zaidah bt Daud, Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Dihormati barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bekelam,
Serta Murid-murid yang dikasihi sekalian.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين
Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Pelancaran Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bekelam bg tahun 2011 pada pagi yang mulia ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bekelam sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Guru-guru serta murid-murid sekalian,
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
 (SELAWAT DAN PERARAKAN DI PADANG SKB)
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Tema maulidur Rasul pada tahun ini ialah 1 Malaysia, 1 Ummah.
Pada sambutan hari ini juga, kita  akan menyaksikan murid-murid dari setiap kelas akan berararak sambil berselawat  di padang Sekolah sebagai satu semangat dan perasaan cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.
Semua murid dan guru di minta bersedia untuk  perarakan Maulidur Rasul.
(BACAAN DOA)
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz _________________________________untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
(bacaan doa)
Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

(BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN)
Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh_________________________________dan ditafsirkan oleh ___________________________________. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Qari dan peterjemah atas bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi.
(UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN)
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati
Tibalah masa yang dinanti-nantikan
Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Tn. Hj. Ahmad b A. Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam untuk menyampaikan ucapan, sekaligus merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bekelam bagi tahun 2011.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian yang
disampaikan tadi.

(PERSEMBAHAN NASYID)
Sekarang marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan___________________________dengan lagunya yang bertajuk_____________________.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan nasyid_____________________atas persembahan itu tadi.
(PERTANDINGAN SELAWAT)
Majlis diteruskan dengan Pertandingan Selawat Antara kelas. Pertandingan selawat ini dimulakan dengan kelas ___________________________________.

Demikianlah sudah bacaan selawat yang disampaikan oleh setiap kelas.
(PENYAMPAIAN HADIAH)
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan ini dijemput___________________________mengiringi__________________________untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Penyampaian hadiah di mulakan dengan pertandingan_______________________________.
Majlis berhenti rehat seketika sebelum acara seterusnya iaitu ceramah dimulakan.
(CERAMAH)
Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad b A.Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Berusaha Tn. Hj. Ismail b Daud, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Berusaha Pn. Zaidah bt Daud, Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Bekelam.
Yang Dihormati Penceramah jemputan___________________________________,___________________
Yang dikasihi barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bekelam,
Serta Murid-murid sekalian.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين
Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniannya sekali lagi kita dapat berkumpul di dewan ini untuk meneruskan majlis ilmu sempena Maulidur Rasul iaitu Ceramah.
Sebelum saya menjemput penceramah kita pada hari ini, ada eloknya jika saya membaca biodata penceramah kita.
(baca biodata)
Di harap semua murid-murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ceramah yang akan disampaikan sebentar lagi.
Tanpa membuang masa saya menyerahkan majlis kepada____________________________untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk___________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada__________________________________atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
Diharap segala input yang disampaikan tadi dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada murid-murid sekalian. Marilah sama-sama kita di bulan yang mulia ini menanamkan azam yang lebih baik agar mendapat syafaat daripada Allah s.w.t.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu
Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah pada hari ini pihak majlis mempersilakan yang berbahagia____________________________________________untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada penceramah.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:
__________________________________________________untuk menerima cenderahati.dipersilakan.
Terima kasih yang berbahagia___________________________________.

(BERSURAI)

Selesailah sudah Majlis Perasmian Sambutan
Maulidurrasul pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Majlis dengan hormatnya menjemput __________________________________________ untuk mengiringi dan mempersilakan ____________________________________ dan guru-guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.
Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.
Wabilahitaufiq.....................................................................

Monday 22 August 2011

JANGAN JADI PEMIMPIN SYOK SENDIRI


Berfikir dari luar kotak

Satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir.
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSEL!
Kes 2
Kilang kosmetik yang besar di Jepun ::  Terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan mereka meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!


Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga