HIDUP MESTI ENJOYYYY!!!!!

Walaupun sAya Nie SeoRang Guru TETApi Saya KENA enjoyyyyyYYYY!!!!

Saturday 3 December 2011

PIPP BACEELAHHHH

Pelan Tindakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara
Teras pertama: Membina Negara BangsaMemberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
 
Teras kedua: Membangunkan Modal InsanUsaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
 
Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
 
Teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
 
Teras kelima: Memartabatkan Profesion KeguruanUsaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

 
Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi PendidikanUsaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus (niche areas). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate dan menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
Pelan Tindakan PIPP Sekolah
Teras 1 : Membina negara Bangsa
1. 1   Karnival Bahasa
 
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
2.1    Motivasi Keibubapaan
2.2    Minggu 3K
2.3    Program Penyayang
2.4    Minggu Budi Bahasa
2.5    RIMUP Kelompok
 
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
3.1    Pemantapan Bahasa Malaysia
 
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
4.1    Menaiktarafkan Dewan Sekolah
 
Teras 5: Memartabakan Profesion Keguruan
5.1    Perkembangan Staff Sekolah
 
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
6.1    Program Pemantapan Headcount Guru

No comments:

Post a Comment